Wednesday, July 6, 2022

Assalamualaikum Dunia!!!

Berbulan lamanya tak update blog, hari ini Kak Yang tekad nak buat comeback semula! Punya la Kak Yang aim untuk mula menulis semula pada March... Tidak berjaya.

Setiap hari ada je content yang Kak Yang nak kongsikan pada semua.  Tapi ada sahaja halangan dan kekangan yang Kak Yang alami.

Seperti pos terakhir Kak Yang March lalu, Kak Yang kata nak share sedikit apa yang berlaku pada diri ini sampai berhibernasi berbulan lamanya. Sepanjang tempoh hibernasi, boleh dikatakan seluruh medsos Kak Yang tak update. Memang hilang dari radar almost sepenuhnya! 

Okay, apa yang berlaku? 😂

Tiada yang serious mana pun sebenarnya... Kak Yang dapat tahu Kak Yang pregnant anak pertama pada hujung December 2022. Masa awal dapat tahu ni, Kak Yang tidak mengalami sebarang alahan. Hari-hari ku indah bahagia dan ceria. 

Bila kandungan dah masuk dalam minggu ke 8/9 macam tu... bermulalah episod yang teramat mencabar... Alahan yang pada Kak Yang teruk. (Kak Yang sejenis tak tahan sakit dan sejenis yang sangat la manja bila sakit!) 

Masa alahan teruk ni, Kak Yang memang lembik. Air mahupun makanan tak boleh nak masuk. Jujur cakap, Kak Yang terkejut benar dengan perubahan hormon yang Kak Yang kirakan sangat drastik ini.

Alhamdulillah, tahap alahan Kak Yang tak la sampai nak kena tahan ward atau masuk air atau sampai HB rendah sangat ke, bahaya pada baby ke, semua tu tak. Cuma lembik teramat sangat sehingga mengganggu emosi dan mental Kak Yang. 

Maka slowly, Kak Yang masuk gua. Berhibernasi. Kak Yang ketepikan seluruh urusan bisnes. Malah urusan rumahtangga pun banyak suami yang take over. 

Long story short, masuk trimester kedua Kak Yang jadi macam supersaiya! Tetiba rasa kuat gagah perkasa. Hormon semakin stabil, selera makan kembali, tenaga semakin pulih. Fasa ni fasa Kak Yang kembali aktif dan mula berfungsi macam sediakala. 

Masa trimester kedua, Kak Yang banyak fokus dengan kehidupan realiti. Bercucuk tanam, kemas rumah, cantik cantikkan kawasan rumah, dan spend quality time dengan suami dan anak. 

Kak Yang masih tak back online. Best bila connected dengan dunia reality berbanding dunia maya. Bisnes? Masih pause. Huhuhu. 

Sekarang Kak Yang dah masuk trimester ketiga. Sikit lagi nak jumpa dah baby AN. In sha Allah. Trimester ketiga ni cabaran dia lain pula. Berat ye kawan-kawan bawa perut. Huhuhu. Emosi pun sensitif bebenar. Walaupun sensitif sangat, kena jaga. Tak boleh la semua nak luah pada suami. Kasihan suami yang amat bersabar sepanjang tempoh Kak Yang pregnant ni. 

Sepanjang tempoh Kak Yang hibernate ni, banyak juga kelas-kelas persediaan kelahiran yang Kak Yang join. 

Dengan kelas persediaan kelahiran ini, Kak Yang lebih faham perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri Kak Yang. Dari segi hormonal, fizikal, emosi, environment dan sebagainya la! 

Later Kak Yang akan share apa yang Kak Yang belajar dalam blog ini okay! Stay tuneee~~~ 

Selain kelas kelahiran, Kak Yang buat study tentang penyusuan, memahami bahasa bayi, persiapan menghadapi fourth trimester, dan lain-lain hal la. Semua yang Kak Yang belajar, memang Kak Yang tulis nota kemas-kemas. Niat nak curah semula dalam blog untuk bacaan orang lain...

In sha Allah. 

Ha. Itu jela dulu Kak Yang nak share update tentang kehidupan Kak Yang yang ashe ashe ni. Selama ni Kak Yang underestimate kepayahan ibu mengandung... Dah mengandung, baru ku tahu bagaimana rasanya! 

Sepanjang kehamilan ini, Kak Yang teramat sangat rindu pada arwah Mak Kak Yang... Al-Fatihah buat bondaku, Asma binti TK Abd Rahman... 


 



Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment